PENGENALAN
ENTITI PERNIAGAAN
Tiada
usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf
baru ini. Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan
barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda
et. al., m.s 3)
Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi
oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga. Malangnya, kebanyakan
peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan yang
tepat atau betul.
1.0 Pengertian Entiti Perniagaan
Entiti
perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri
(M.B. Muda et.al., m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan
bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti perniagaan yang dijalankan, sektor
industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbit dan
dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.
Sebelum
bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa
konsep asas perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-
i.
Konsep Liabiliti Perniagaan
Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan
sering menghadapi pelbagai risiko terutamanya syarikat perniagaan yang
mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah tanggungan dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh semasa)
hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa
yang telah ditetapkan (Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti
perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu liabiliti terhad dan
liabiliti tidak terhad.
Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad
kepada jumlah pelaburan yang telah dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan.
Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan segala tanggungan
perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi
pemilik perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan
perniagaannya. Ini bermaksud pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya
akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja bagi
tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi. Perniagaan sendirian, perniagaan
awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkan sebagai perniagaan
berliabiliti terhad. Nama perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yang
berliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan “Sdn. Bhd.” atau “Bhd.”
Contoh: Addison Wesley Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu menunjukkan
perkataan “PLC” pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong
Plc.
Pemilik perniagaan yang berliabiliti tidak terhad
perlu melibatkan asset peribadi dalam melunaskan tanggungan perniagaan
sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna tanggungan
perniagaan tidak terhad kepada jumlah pelaburan yang pemilik laburkan pada
perniagaan yang berkenaan. Contoh: Syarikat Hazami, Kedai Runcit Cheong Fatt.
ii. Konsep
Sendirian dan Awam
Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran
seperti Malaysia dan Britain mempunyai perniagaan sendirian dan juga perniagaan
awam.
Perniagaan sendirian (private enterprise) merujuk kepada
perniagaan yang dimiliki dan diusahakan oleh individu-individu tertentu (some
of the public) yang biasanya bermatlamatkan keuntungan. Entiti perniagaan
sendirian menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Syarikat-syarikat
perniagaan dan korporat adalah entiti perniagaan yang tergolong dalam kategori
ini. Contoh : Kedai Gunting XYZ, Public Bank Berhad.
Perniagaan awam (public enterprise) pula merujuk kepada
entiti perniagaan yang dimiliki oleh Negara (all of the public). Perniagaan
awam ditadbir oleh kerajaan pusat ataupun kerajaan tempatan. Perniagaan awam
lazimnya berfungsi sebagai agen pelaksana dasar-dasar awam kerajaan dan
matlamatnya ialah semata-mata matlamat sosial. Contoh: Jabatan Pengangkutan
Jalan, Perbadanan Kemajuan Negeri.
CIRI-
CIRI ENTITI PERNIAGAAN
|
TUNGGAL
PERKONGSIAN
SDN
BHD
AWAM
BHD
KOPERASI
|
·
1 orang,
Pendaftar perniagaan, modal sendiri / keluarga, kawalan sendiri, cukai
individu, liability tidak terhad
·
2-20,
pendaftar perniagaan, modal rakan kongsi, diurus rakan kongsi
Aktif,
cukai individu sahaja, liabiliti tidak terhad
·
2-50,
Pendaftar syarikat (Akta Syarikat 1965),syer dari keluarga/ rakan rapat/ jual
syer mesti minta kebenaran , diurus oleh ahli lembaga pengarah yang dipilih,
cukai syarikat, liabilit terhad setakat modal dilabur.
·
2 hingga
tiada had, Pendaftar Syarikat (Akta Syarikat 1965), syer kepada orang awam,
bebas jual beli saham, diurus oleh ahli lembaga pengarah yang dipilih, cukai
syarikat
·
Liabiliti
terhad setakat modal dilabur
·
Min 100 Ketua
Pendaftar Koperatif Malaysia, syer kepada ahli, syer tidak boleh ditukar
milik, diurus oleh lembaga pengarah yang dipilih, tiada cukai, liability
terhad
|
KEBAIKAN
DAN KELEMAHAN ENTITI PERNIAGAAN
|
JENIS
ENTITI
|
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
MILIKAN
TUNGGAL
|
- Mudah ditubuhkan – hanya perlu isi Borang A
dan yuran yang rendah
- Mudah diuruskan- bebas membuat keputusan
sendiri
- Beban cukai yang rendah-cukai individu sahaja bukan
cukai perniagaan
- Pemilik menikmati semua
keuntungan
|
- Liabiliti tidak terhad- pemilik bertanggungjawab
atas semua hutang perniagaan dan harta peribadi akan terlibat jika rugi
- Modal terhad-sukar mendapat modal besar
dari bank
- Keterusan perniagaan tidak
terjamin-bergantung kpd hayat pemilik
- Terpaksa menguruskan sendiri semua kerja-kerja berkaitan
perniagaan
- Pasaran terhad-sukar dikembangkan
|
PERKONGSIAN
|
- Mudah ditubuhkan-hanya perlu isi Borang A dan
yuran yang rendah
- Beban cukai yang rendah- tertakluk kpd cukai
perorangan
- Modal lebih byk dari milikan
tunggal kerana sumbangan modal
pekongsi-pekongsi.
- Tanggungan risiko perniagaan
bersama pekongsi
- Pengkhususan dapat
dilaksanakan
- Liablititi tidak terhad bagi pekongsi biasa
- Keterusan perniagaan tidak
terjamin-dibubarkan bila ada pekongsi
muflis, mati, tidak siuman
- Perkongsian untung-terpaksa bahagikan
keuntungan
- Percanggahan pendapat-perniagaan terjejas bila ada
konflik antara pekongsi
|
|
KOPERASI
|
- Mementingkan kebajikan sosial
ahli-Beli brg murah dan pinjaman
dengan faedah rendah
- Tidak wujud monopoli kuasa-pengurusan demokrasi dengan
satu ahli satu undi
- Beban cukai yang rendah-cukai individu
- Modal boleh ditingkatkan tanpa had maksimum-tidak
tertakluk kepada modal berdaftar
- Operasi kurang agresif-kurang usaha untuk cari
keuntungan lebih sebab hanya jaga kebajikan sahaja
- Pengurusan kewangan terikat dengan
akta-kewangan dikawal ketat oleh
jabatan pembangunan koperasi untuk jaga kepentingan ahli
- Sukar ditubuhkan-mimimum 100 org ahli sukar
dicari
- Modal terhad-ahli biasanya golongan
pendapatan rendah seperti nelayan, petani dan lain-lain dan sukar
bersaing dengan entiti lain.
|
|
|
- Mudah mendapat modal-daripada ramai pemegang syer
dan perniagaan mudah berkembang
- Liabliti terhad-pemegang syer rugi setakat
modal dilaburkan sahaja
- Berterusan dan tidak mudah
dibubarkan-perniagaan tidak terjejas
walaupun berlaku kematian, tidak siuman, bankrap dan pindah milik
dikalangan pemegang syer/saham
- Pengkhususan dapat
dilaksanakan-kerja mengikut kepakaran
- Pengurusan syarikat lebih
berkesan dan cekap-berupaya
upah pengurus yang profesional dalam bidang ttt.
|
- Beban cukai yang tinggi-cukai syarikat sebanyak 28%
ke atas untung syarikat
- Kawalan undang-undang dan
peraturan yang ketat-dikawal
akta syarikat 1965
- Pemisahan pemilikan dan
pengurusan-kecekapan bergantung kepada
kebolehan lembaga pengarah bukannya pemegang saham, risiko salah guna
kuasa mungkin berlaku
- Kurang kerahsiaan bagi syarikat
awam berhad-perlu kemukakan laporan
kewangan tahunan
- Kesukaran memindahkan syer
bagi sdn bhd-perlu persetujuan pemegang
saham yang lain.
|
AKTIVITI PERNIAGAAN
|
PENGELUARAN/ INDUSTRI
|
Def: ialah aktiviti yang
melibatkan pengeluaran iaitu menggunakan tenaga buruh untuk
mengeluarkan bahan mentah dan memprosesnya kepada sesuatu barang lain
- Ekstraktif
- Meliputi penghasilan dan
pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah
- Dijadikan input kepada
pengeluaran lain
- Cth:Pelombongan bijih timah,
petani hasil tani dan nelayan mendapat ikan.
- Perkilangan
- Barang konsumer
- Melibatkan proses
mengeluarkan barang-barang terus boleh digunakan oleh pengguna
- Proses mengeluarkan
barang-barang siap dan melibatkan beberapa peringkat
- Cth: Barang makanan (gula,
minyak masak), barang eletrik
- Barang industri
- Melibatkan pengeluaran
barang-barang yang digunakan untuk proses pengeluaran seterusnya
- Cth: pengeluaran cip
komputer, tayar kereta, barangan elektronik
- Pembuatan
- Aktiviti menggunakan bahan
mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.
- Cth: Menggunakan getah untuk
menghasilkan tayar dan sarung tangan, menggunakan kayu balak untuk
menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja
- Pemasangan
- Aktiviti memasang
komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap.
- Cth: Komponen elektronik
dipasang untuk menghasilkan televisyen, radio dan perakam video.
|
|
- Perdagangan
- adalah aktiviti menyediakan barangan
supaya mudah didapati oleh pembeli apabila diperlukan
- mereka terlibat merupakan
penghubung antara pengeluar dan pengguna seperti peruncitan dan
pemborongan
- Kewangan
- aktivitinya adalah seperti
bank perdagangan, syarikat pelaburan, syarikat insurans dan syarikat
kewangan
- terlibat dalam bidang
pengumpulan modal, pelaburan ekuiti,penyediaan kemudahan kredit dan
urusniaga pasaran wang.
- Perkhidmatan
- merangkumi perkhidmatan
profesional dan perkhidmatan perdagangan
-contoh: syarikat peguam, doktor
agen pelancongan dan lain- lain
|
SEKTOR
|
- Sektor Swasta
|
- Mewujudkan peluang pekerjaan
kepada rakyat dengan membuka kilang/perniagaan
- Tingkatkan hasil negara
melalui cukai
- Memberi kemahiran dan
pengalaman untuk meningkatkan produktiviti/pembangunan sumber manusia kepada
masyarakat.
- Sumbangan kepada negara
seperti derma dll
- Menyediakan
infrastruktur/prasarana seperti jalanraya dll
- Memindah teknologi ke dalam
negara
- Menjalankan R & D
|
- Sektor Awam
|
- Menjadi penyokong &
pendorong kepada sektor swasra
- Memberi kemudahan dan panduan
,insentif dll dalam pengeluaran,pertanian dll
- Membantu mengurangkan lapisan
birokrasi
- Cth: kelulusan lesen/permit
dapat diselesaikan bawah satu bumbung
|
- Badan Berkanun
|
- Mengawal selia aktiviti
perniagaan sektor swasta supaya tidak melanggar peraturan dan
- Perundangan yg telah
ditetapkan.
- Dapat menjaga kewibawaan
sektor swasta & kepentingan pihak pengguna supaya tidak ditindas
- Pihak tidak bertanggungjawab
- Menyediakan sumber manusia
contoh universiti
- Melaksanakan dasar berkaitan
dengan pihak swasta
|
TAHAP
PERNIAGAAN
|
PENGELUARAN
|
PRIMER
|
- Tahap pertama dalam proses
pengeluaran
- Pengeluaran bahan mentah pada
peringkat asas
- Contoh: penoreh pengeluaran
susu getah dari pokoknya
|
SEKUNDER
|
- Tahap kedua dalam proses
pengeluaran
- Pemprosesan bahan mentah
untuk menghasilkan barang separuh siap
Dan barang siap
- Contoh : susu getah digunakan
untuk menghasilkan keluaran getah lain
Seperti sarung tangan getah
|
TERTIER
|
- Tahap terakhir dalam proses
pengeluaran
- Pemasaran produk kepada
pengguna akhir
- Lebih tertumpu kepada sektor
perkhidmatan
- Contoh : sarung tangan getah
akan diedarkan kepada pengguna melalui rangkaian pengedaran yang sesuai.
|
INDUSTRI
|
HULUAN
|
- Peringkat industri yang
membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau
- Barang siap yang akan
digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain
- Contoh: Industri yang
mengeluarkan susu getah
|
HILIRAN
|
- Tahap perniagaan yang berlaku
selepas tahap huluan
- Contoh: Perniagaan yang
menghasilkan tayar getad daripada susu getah
|
PASARAN
|
DOMESTIK
|
- Melibatkan penjualan produk pada
peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
- Cth: tayar getah yang
dihasilkan pengeluar malaysia dijual kepada
- Pengguna dalam pasaran
malaysia sahaja
|
ANTARABANGSA
|
- Penjualan produk kepada
pengguna asing di luar negara
- Cth: pengeluar tayar getah di
malaysia mengeksport tayar getah ke Negara lain.
|
Merkur Super Platinum Stainless Steel - YN.
ReplyDeleteMerkur Super Platinum Stainless Steel is 메리트카지노총판 made with premium platinum-steel construction. A steel kadangpintar core is made of a 제왕 카지노 silver core which weighs around 1.5 grams.