Monday 27 January 2014

ENTITI PERNIAGAAN DAN ETIKA


PENGENALAN ENTITI PERNIAGAAN


Tiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf baru ini. Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3)

Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga. Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan yang tepat atau betul.



1.0       Pengertian Entiti Perniagaan


Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Muda et.al., m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti perniagaan yang dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbit dan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.

Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa konsep asas perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-



i.          Konsep Liabiliti Perniagaan



Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghadapi pelbagai risiko terutamanya syarikat perniagaan yang mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh semasa) hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa yang telah ditetapkan (Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad.


Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang telah dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan segala tanggungan perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi pemilik perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi. Perniagaan sendirian, perniagaan awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkan sebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yang berliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan “Sdn. Bhd.” atau “Bhd.” Contoh: Addison Wesley Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu menunjukkan perkataan “PLC” pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc.

Pemilik perniagaan yang  berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan asset peribadi dalam melunaskan tanggungan perniagaan sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna tanggungan perniagaan tidak terhad kepada jumlah pelaburan yang pemilik laburkan pada perniagaan yang berkenaan. Contoh: Syarikat Hazami, Kedai Runcit Cheong Fatt.


ii.         Konsep Sendirian dan Awam

Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran seperti Malaysia dan Britain mempunyai perniagaan sendirian dan juga perniagaan awam.

Perniagaan sendirian (private enterprise) merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dan diusahakan oleh individu-individu tertentu (some of the public) yang biasanya bermatlamatkan keuntungan. Entiti perniagaan sendirian menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Syarikat-syarikat perniagaan dan korporat adalah entiti perniagaan yang tergolong dalam kategori ini. Contoh : Kedai Gunting XYZ, Public Bank Berhad.

Perniagaan awam (public enterprise) pula merujuk kepada entiti perniagaan yang dimiliki oleh Negara (all of the public). Perniagaan awam ditadbir oleh kerajaan pusat ataupun kerajaan tempatan. Perniagaan awam lazimnya berfungsi sebagai agen pelaksana dasar-dasar awam kerajaan dan matlamatnya ialah semata-mata matlamat sosial. Contoh: Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Kemajuan Negeri.





CIRI- CIRI ENTITI PERNIAGAAN
TUNGGAL


PERKONGSIAN


SDN BHD




AWAM BHD





KOPERASI
·         1 orang, Pendaftar perniagaan, modal sendiri / keluarga, kawalan sendiri, cukai individu, liability tidak terhad

·         2-20, pendaftar perniagaan, modal rakan kongsi, diurus rakan kongsi
Aktif, cukai individu sahaja, liabiliti tidak terhad

·         2-50, Pendaftar syarikat (Akta Syarikat 1965),syer dari keluarga/ rakan rapat/ jual syer mesti minta kebenaran , diurus oleh ahli lembaga pengarah yang dipilih, cukai syarikat, liabilit terhad setakat modal dilabur.

·         2 hingga tiada had, Pendaftar Syarikat (Akta Syarikat 1965), syer kepada orang awam, bebas jual beli saham, diurus oleh ahli lembaga pengarah yang dipilih, cukai syarikat

·         Liabiliti terhad setakat modal dilabur


·         Min 100 Ketua Pendaftar Koperatif Malaysia, syer kepada ahli, syer tidak boleh ditukar milik, diurus oleh lembaga pengarah yang dipilih, tiada cukai, liability terhad






















KEBAIKAN DAN KELEMAHAN ENTITI PERNIAGAAN
JENIS ENTITI
KEBAIKAN
KEBURUKAN

MILIKAN TUNGGAL
  1. Mudah ditubuhkan – hanya perlu isi Borang A dan yuran yang rendah
  2. Mudah diuruskan- bebas membuat keputusan sendiri
  3. Beban cukai yang rendah-cukai individu sahaja bukan cukai perniagaan
  4. Pemilik menikmati semua keuntungan
  1. Liabiliti tidak terhad- pemilik bertanggungjawab atas semua hutang perniagaan dan harta peribadi akan terlibat jika rugi
  2. Modal terhad-sukar mendapat modal besar dari bank
  3. Keterusan perniagaan tidak terjamin-bergantung kpd hayat pemilik
  4. Terpaksa menguruskan sendiri semua kerja-kerja berkaitan perniagaan
  5. Pasaran terhad-sukar dikembangkan
PERKONGSIAN
  1. Mudah ditubuhkan-hanya perlu isi Borang A dan yuran yang rendah
  2. Beban cukai yang rendah- tertakluk kpd cukai perorangan
  3. Modal lebih byk dari milikan tunggal kerana sumbangan modal pekongsi-pekongsi.
  4. Tanggungan risiko perniagaan bersama pekongsi
  5. Pengkhususan dapat dilaksanakan
  6. Liablititi tidak terhad bagi pekongsi biasa
  7. Keterusan perniagaan tidak terjamin-dibubarkan bila ada pekongsi muflis, mati, tidak siuman
  8. Perkongsian untung-terpaksa bahagikan keuntungan
  9. Percanggahan pendapat-perniagaan terjejas bila ada konflik antara pekongsi

KOPERASI
  1. Mementingkan kebajikan sosial ahli-Beli brg murah dan pinjaman dengan faedah rendah
  2. Tidak wujud monopoli kuasa-pengurusan demokrasi dengan satu ahli satu undi
  3. Beban cukai yang rendah-cukai individu
  4. Modal boleh ditingkatkan tanpa had maksimum-tidak tertakluk kepada modal berdaftar
  5. Operasi kurang agresif-kurang usaha untuk cari keuntungan lebih sebab hanya jaga kebajikan sahaja
  6. Pengurusan kewangan terikat dengan akta-kewangan dikawal ketat oleh jabatan pembangunan koperasi untuk jaga kepentingan ahli
  7. Sukar ditubuhkan-mimimum 100 org ahli sukar dicari
  8. Modal terhad-ahli biasanya golongan pendapatan rendah seperti nelayan, petani dan lain-lain dan sukar bersaing dengan entiti lain.


  1. Mudah mendapat modal-daripada ramai pemegang syer dan perniagaan mudah berkembang
  2. Liabliti terhad-pemegang syer rugi setakat modal dilaburkan sahaja
  3. Berterusan dan tidak mudah dibubarkan-perniagaan tidak terjejas walaupun berlaku kematian, tidak siuman, bankrap dan pindah milik dikalangan pemegang syer/saham
  4. Pengkhususan dapat dilaksanakan-kerja mengikut kepakaran
  5. Pengurusan syarikat lebih berkesan dan cekap-berupaya upah pengurus yang profesional dalam bidang ttt.
  1. Beban cukai yang tinggi-cukai syarikat sebanyak 28% ke atas untung syarikat
  2. Kawalan undang-undang dan peraturan yang ketat-dikawal akta syarikat 1965
  3. Pemisahan pemilikan dan pengurusan-kecekapan bergantung kepada kebolehan lembaga pengarah bukannya pemegang saham, risiko salah guna kuasa mungkin berlaku
  4. Kurang kerahsiaan bagi syarikat awam berhad-perlu kemukakan laporan kewangan tahunan
  5. Kesukaran memindahkan syer bagi sdn bhd-perlu persetujuan pemegang saham yang lain.
AKTIVITI PERNIAGAAN
PENGELUARAN/ INDUSTRI
Def: ialah aktiviti yang melibatkan pengeluaran iaitu menggunakan tenaga buruh untuk  mengeluarkan bahan mentah dan memprosesnya kepada sesuatu barang lain
  1. Ekstraktif
  • Meliputi penghasilan dan pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah
  • Dijadikan input kepada pengeluaran lain
  • Cth:Pelombongan bijih timah, petani hasil tani dan nelayan mendapat ikan.
  1. Perkilangan
  • Barang konsumer
  • Melibatkan proses mengeluarkan barang-barang terus boleh digunakan oleh pengguna
  • Proses mengeluarkan barang-barang siap dan melibatkan beberapa peringkat
  • Cth: Barang makanan (gula, minyak masak), barang eletrik
  • Barang industri
  • Melibatkan pengeluaran barang-barang yang digunakan untuk proses pengeluaran seterusnya
  • Cth: pengeluaran cip komputer, tayar kereta, barangan elektronik
  • Pembuatan
  • Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.
  • Cth: Menggunakan getah untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan, menggunakan kayu balak untuk menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja
  • Pemasangan
  • Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap.
  • Cth: Komponen elektronik dipasang untuk menghasilkan televisyen, radio dan perakam video.
 
  1. Perdagangan
  • adalah aktiviti menyediakan barangan supaya mudah didapati oleh pembeli apabila diperlukan
  • mereka terlibat merupakan penghubung antara pengeluar dan pengguna seperti peruncitan dan pemborongan
  1. Kewangan
  • aktivitinya adalah seperti bank perdagangan, syarikat pelaburan, syarikat insurans dan syarikat kewangan
  • terlibat dalam bidang pengumpulan modal, pelaburan ekuiti,penyediaan kemudahan kredit dan urusniaga pasaran wang.
  1. Perkhidmatan
  • merangkumi perkhidmatan profesional dan perkhidmatan perdagangan
-contoh: syarikat peguam, doktor agen pelancongan dan lain- lain
SEKTOR
  1. Sektor Swasta
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membuka kilang/perniagaan
  • Tingkatkan hasil negara melalui cukai
  • Memberi kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan produktiviti/pembangunan sumber manusia kepada masyarakat.
  • Sumbangan kepada negara seperti derma dll
  • Menyediakan infrastruktur/prasarana seperti jalanraya dll
  • Memindah teknologi ke dalam negara
  • Menjalankan R & D
  1. Sektor Awam
  • Menjadi penyokong & pendorong kepada sektor swasra
  • Memberi kemudahan dan panduan ,insentif dll dalam pengeluaran,pertanian dll
  • Membantu mengurangkan lapisan birokrasi
  • Cth: kelulusan lesen/permit dapat diselesaikan bawah satu bumbung
  1. Badan Berkanun
  • Mengawal selia aktiviti perniagaan sektor swasta supaya tidak melanggar peraturan dan
  • Perundangan yg telah ditetapkan.
  • Dapat menjaga kewibawaan sektor swasta & kepentingan pihak pengguna supaya tidak ditindas
  • Pihak tidak bertanggungjawab
  • Menyediakan sumber manusia contoh universiti
  • Melaksanakan dasar berkaitan dengan pihak swasta

TAHAP PERNIAGAAN

PENGELUARAN
PRIMER
  • Tahap pertama dalam proses pengeluaran
  • Pengeluaran bahan mentah pada peringkat asas
  • Contoh: penoreh pengeluaran susu getah dari pokoknya
SEKUNDER
  • Tahap kedua dalam proses pengeluaran
  • Pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap
Dan barang siap
  • Contoh : susu getah digunakan untuk menghasilkan keluaran getah lain
Seperti sarung tangan getah
TERTIER
  • Tahap terakhir dalam proses pengeluaran
  • Pemasaran produk kepada pengguna akhir
  • Lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan
  • Contoh : sarung tangan getah akan diedarkan kepada pengguna melalui rangkaian pengedaran yang sesuai.
INDUSTRI
HULUAN
  • Peringkat industri yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau
  • Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain
  • Contoh: Industri yang mengeluarkan susu getah
HILIRAN
  • Tahap perniagaan yang berlaku selepas tahap huluan
  • Contoh: Perniagaan yang menghasilkan tayar getad daripada susu getah
PASARAN
DOMESTIK
  • Melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
  • Cth: tayar getah yang dihasilkan pengeluar malaysia dijual kepada
  • Pengguna dalam pasaran malaysia sahaja
ANTARABANGSA
  • Penjualan produk kepada pengguna asing di luar negara
  • Cth: pengeluar tayar getah di malaysia mengeksport tayar getah ke Negara lain.

1 comment:

  1. Merkur Super Platinum Stainless Steel - YN.
    Merkur Super Platinum Stainless Steel is 메리트카지노총판 made with premium platinum-steel construction. A steel kadangpintar core is made of a 제왕 카지노 silver core which weighs around 1.5 grams.

    ReplyDelete