Etika


ENTITI PERNIAGAAN DAN ETIKA

Entiti perniagaan mengambil kira tindakan- tindakan seperti berikut bagi membolehkannya lebih terus cemerlang, seperti :-

  • Menangani isu- isu etika di dalam menjalankan perniagaan;

  • Mengaplikasikan falsafah- falsafah moral yang baik dalam etika perniagaan;

  • Membangunkan satu kerangka yang komprehensif di dalam menghasilkan pembuatan keputusan   yang beretika;

  • Melaksanakan tanggungjawab sosial, khususnya secara langsung kepada setiap peringkat dari golongan masyarakat tanpa sebarang bentuk prejudis atau diskriminasi;

  • Mengambil kira akan faktor- faktor budaya dan adat resam di kalangan semua anggota organisasi supaya dapat digemblengkan input mereka bagi meningkatkan prestasi syarikat ;

  • Memperkemaskan tatacara hubungan sesama dan anggota organisasi bagi mengelak berlakunya konflik;

  • Membangunkan satu program pengurusan etika yang berkesan;

  • Menimbangkan langkah- langkah memperkukuhkan prestasi syarikat dengan mengaitkannya dengan amalan beretika termasuk di dalam menangani isu- isu berkaitan dengan ekonomi global.

No comments:

Post a Comment